Mesyuarat EGM Sekolah Main Wayang

Bangsar, 5 Mac: Satu mesyuarat EGM tergempar Main Wayang telah di adakan di Restoran Sri Ananda Bahwan, Bangsar. Mesyuarat ini mendapat hadiran penuh dari semua ahli-ahli tegar Main Wayang, iaitu

  • Cikgu Kesihatan Badan, Mental & Spiritual: Encik Ayam Fared
  • Cikgu Bunyi Micro & Macro: Encik Sudarshan Kumar
  • Cikgu Bayang-bayang Realiti & Virtual: Encik Fairuz Sulaiman
  • Cikgu Pak Dogol Alor Staq: Encik Shaffiq Ahmad
  • Cikgu Arkib Hidup: Encik Ahmad Firdaus
  • Cikgu Penjaga Keseimbangan Semesta: Cik Shafiqa Nabeera

Dalam mesyuarat ini, pelbagai isu-isu penting telah diketengahkan, antaranya isu jadual bengkel dan hal-hal logistik. Perbincangan dalam bentuk ‘brain storm’ juga diadakan untuk mengolah content bengkel kreatif.  Dengan bantuan makanan yang membelai perut, mesyuarat ini berjaya diselesaikan dalam masa 2 jam 35 minit. Syabas! Mesyuarat ini pun bersurai dengan senyuman panjang lebar dan semangat berkobar-kobar dalam semua ahli-ahli Main Wayang! Semoga success! 

Leave a comment